Search This Blog

Loading...

Monday, September 27, 2010

Kitar Hidup Walit















Burung walit sama ada dari spesis Aerodramus fuciphagus atau A. maximus secara semulajadinya akan hidup secara berkoloni sepanjang kitaran hidupnya dimana dianggarkan setiap koloni akan mencapai sehingga 1.5 juta ekor burung. Koloni burung walit ini mula terbang keluar dari sarang mereka sejak awal pagi untuk mencari makanan serangga di udara. Mereka terbang sekitar 10-12 jam tanpa henti dan hanya akan kembali ke sarang pada waktu senja.
Burung walit membiak secara seksual dimana setiap pasangan induk burung walit biasanya akan kekal dengan pasangan yang sama sehingga 18 tahun iaitu purata jangka hayat burung walit ini. Burung walit dewasa akan mula membuat sarang menggunakan air liur mereka yang diketahui umum mengandungi pelbagai zat nutrien baik sebagai makanan tambahan manusia. Kedua-dua induk walit akan bersama-sama membuat sarang sehingga siap. Proses membuat sarang ini bergantung kepada cuaca dimana pada hari panas, tempoh bagi sarang burung walit siap adalah sekitar 60 hari manakala pada hari hujan, tempoh masa akan menjadi lebih singkat iaitu sekitar 40 hari sahaja.
Setelah sarang siap dibina, pada hari ke-7 hingga ke-8 induk walit betina akan mula bertelur. Burung walit bertelur dua kali setahun dimana setiap tempoh bertelur biasanya boleh menghasilkan dua biji telur. Telur akan terus dieram dengan tempoh pengeraman akan berlaku dalam 19 hari sebelum telur menetas. Sebagaimana ketika membuat sarang, kedua-dua induk walit akan bersama-sama dan bergilir-gilir mengeramkan telur sehingga anak burung menetas.
Anak burung walit yang baru menetas akan terus tinggal didalam sarang, menunggu induk dating membawa makanan. Anggaran masa anak walit untuk mula terbang meninggalkan sarang adalah sekitar 40-50 hari.
Akibat kesan penerokaan hutan oleh manusia, gua yang merupakan habitat asal bagi burung walit ini turut mengalami ancaman yang menyebabkan hasil sarang burung walit liar semakin menurun dari semasa ke semasa. Contohnya di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1935, dianggarkan sehingga 1.7juta ekor burung walit mendiami gua ini dan telah menurun dimana pada tahun 1996, dianggarkan jumlah burung walit yang mendiami Gua Niah hanya mencapai 200,000 ekor dan terus menurun kepada hanya 65,000 pada tahun 2002.
Defisit populasi burung walit yang bersarang di Gua Niah turut dialami di semua habitat-habitat liar yang lain. Usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak membina sarang burung walit banyak membantu memulihara populasi burung walit terutamanya di Malaysia. Penggunaan pelbagai teknologi termasuk kesan bunyi yang efektif sangat membantu dalam pemuliharaan ini.

Friday, August 6, 2010

Integrasi Walit Gaharu

Pelan Industri Walit Gaharu dirangka dan dicadang bagi diusahakan sebagai antara usaha dan pelaburan jangka panjang yang sesuai diusahakan. Faktor lokasi dan kedudukan geografi Malaysia menjadi penyumbang utama kedua-dua industri untuk bergerak seiringan. Permintaan tinggi terhadap kedua-dua produk berimpak tinggi ini juga menjadi liabiliti untuk diusahakan. Pelaburan jangka panjang dimana hasil optimum bagi kedua-dua industri ini akan boleh dituai pada tahun ke-7. Malah kedua-dua industri ini turut saling bergantung antara satu sama lain dari segi biologi, kimia dan fizikal. Dari segi biologi, serangga yang akan wujud di persekitaran ladang gaharu dan turut berfungsi dalam penghasilan minyak dan resin akan turut menjadi sumber makanan utama kepada walit. Hasil tinja didalam rumah walit pula menjadi baja asli (baja organik) yang menyuburkan tanaman gaharu malah penggunaan baja organik turut dibuktikan lebih memberi kesan baik terhadap tanaman gaharu berbanding baja kimia buatan. Kawasan persekitaran ladang gaharu akan turut membantu dalam keseimbangan ekosistem dimana habitat baharu boleh diwujudkan dengan persekitaran yang hampir sama dengan habitat asal yang menenangkan.


















Gambaran kasar pelan integrasi walit-gaharu berskala kecil





















Gambaran pelan integrasi walit-gaharu berskala sederhana





















Gambaran pelan integrasi walit-gaharu berskala komersil

Sunday, August 1, 2010

Borang Tempahan Anak Pokok Gaharu

Kepada pengungjung blog kami, bagi yang berminat untuk membuat tempahan, disini kami cuba utk memuat naik dokumen borang tempahan anak pokok dimana Tuan-tuan dan Puan-puan boleh memuat turun melalui alamat web seperti yang berikut;

http://www.scribd.com/doc/35176282/Borang-Tempahan-Anak-Pokok-Gaharu

Segala hal berkaitan dengan harga pokok bolehlah diajukan terus kepada saya melalui no telefon yang telah saya nyatakan dibahagian kiri blog ini.

kami sedang dalam proses untuk memudahkan tuan-tuan dan puan-puan memuat turun borang yang berkaitan. Kami memohon maaf kami belum mampu untuk menghasilkan ikon yang sesuai bagi tuan-tuan dan puan-puan memuat turun borang ini hanyadengan satu klik. insyaAllah, kami akan cuba memperbaiki masalah ini pada masa akan datang. Mohon maaf atas sebarang kelemahan pihak kami dan terima kasih

Saturday, July 31, 2010

Seminar Industri Gaharu, 22-24 Julai 2010

Pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah memberi ruang dan peluang kepada pihak kami di ACS Synergy Sdn Bhd bagi mengadakan satu seminar pengenalan dan pendedahan potensi industri gaharu kepada sebahagian ahli-ahli koperasi seluruh Malaysia. Kami amat berbesar hati dan menerima tanggungjawab ini dengan ikhlas dan telahpun berjaya menyampaikan hasrat kami melalui Seminar Industri Gaharu 2010 di Hotel Langkasuka, Langkawi anjuran dari pihak ANGKASA sendiri. Seminar yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah berjaya mengumpulkan seramai 48 peserta dari pelbagai koperasi diseluruh negara dan kami amat berterima kasih diatas sambutan dan perhatian yang amat luar biasa dari para peserta.

Seminar Industri Gaharu 2010 di Langkawi ini melibatkan pembentangan empat kertas kerja iaitu Pengenalan Industri Gaharu; Kaedah Penanaman, Penjagaan dan Masalah Biasa dalam penanaman gaharu; Potensi Pasaran Gaharu; dan Analisa Kos bagi Penanaman Gaharu. Pihak kami di ACS Energy Sdn. Bhd. turut berbesar hati dengan kehadiran Pengurus Besar DBH Vietnam, Mr Triet Huynh Khanh, yang turut serta dalam beberapa pembentangan kertas kerja dan sesi soal jawab yang telah diadakan. Diharapkan, akan lebih banyak seminar pengenalan dan pendedahan potensi gaharu seperti ini akan dapat diadakan pada masa akan datang. Akhir kata, saya mewakili pihak pentadbiran dan pengurusan ACS Synergy Sdn Bhd. merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ANGKASA diatas penganjuran Seminar Industri Gaharu ini

Disini saya ada pamerkan beberapa gambar-gambar menarik sepanjang seminar yang telah berlangsung.







Hotel Langkasuka, Langkawi tempat kami berkampung selama 3hari 2malam








Sesi Pembentangan oleh Haji Ghani Ambak








Mr Triet turut bersama-sama dalam sesi pembentangan kertas kerja








Antara Peserta-Peserta Yang Hadir





































Sesi bergambar dan pembahagian sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus

Monday, July 26, 2010

Kenapa Perlu Spesis Gaharu Yang Tepat?

Pengalaman lalu menunjukkan ramai pengusaha dan pelabur mengalami kerugian besar dalam industri berkaitan dengan pertanian. Antaranya adalah disebabkan oleh pemilihan anak pokok yang tidak sesuai, penentuan tanah yang salah dan tiada teknologi yang membantu untuk menghasilkan produk bermutu yang diterima pasaran.

Atas kesedaran itulah kami telah memilih Syarikat DBH, Vietnam yang telah terlibat secara langsung dengan industri berkaitan gaharu lebih dari 25 tahun sebagai rakan kongsi. Kerjasama ini sangat penting kerana kejayaan mereka yang telah terbukti dalam tanaman gaharu, inokulasi bagi menghasilkan damar gaharu dan minyak bermutu tinggi malah pasaran yang kukuh yang telah ditunjukkan oleh Syarikat DBH, Vietnam perlu kami ikuti di Malaysia. Rekod kejayaan syarikat DBH ini boleh dilihat dengan google search: Do Bau Huong Vietnam


Pokok Gaharu yang telah di inokulan akan menghasilkan teras gaharu yang baik.

Sejak tahun 2008, Syarikat ACS Synergy Sdn. Bhd telah berusaha membawa masuk teknologi dalam penghasilan gaharu ke negara kita dari Vietnam. Kami juga berusaha menjemput Mr. Huy yang merupakan pakar inokulan penghasilan damar gaharu dan pakar anak pokok gaharu Vietnam dibawa ke Malaysia. Beliau telah terlibat dalam Industri gaharu lebih 25 tahun. Lanjutan dari itu rombongan pertama Usahawam Muslim dari Marang, Terengganu telah melawat Ho Chi Minh City meninjau ladang gaharu, kaedah inokulasi, penghasilan gaharu dan minyak serta produk dari gaharu yang dipasarkan oleh Vietnam. Seterusnya rombongan susalan telah diatur dengan membawa pelbagai pihak untuk melawat ke Pusat Gaharu Vietnam yang diantaranya rombongan Exco Pertanian Negeri Terengganu, rombongan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, rombongan Golden Pharos Bhd. bersama Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri dan pelbagai Syarikat milik persendirian.


Perjanjian Usahasama Syarikat Do Bau Huong, Vietnam dan ACS Synergy Sdn. Bhd. Malaysia pada 3hb. Ogos, 2008.

Gaharu iaitu damar yang terhasil dari pokok Karas, mempunyai harga yang begitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 per kg untuk damar gaharu gred super dan RM50,000 seliter bagi minyak gaharu. Sebelum ini, semua hasil gaharu ini dituai dari hutan semulajadi dan kini, pokok karas semakin diancam kepupusan manakala permintaan terhadapnya semakin bertambah. Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi menjadi negara pengeksport gaharu yang mempunyai nilai yang begitu tinggi dan permintaannya yang amat besar ke negara-negara Timur Tengah,Taiwan, Jepun dan sebagainya.

Kita patut menoleh ke negara jiran seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam, dimana mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan gaharu ini.
Kekurangan maklumat yang tepat dan modal asas yang tinggi untuk membuat ladang gaharu menyebabkannya kurang diminati. Manakala agensi agensi Kerajaan pula masih lagi dalam perengkat kajian dan percubaan. Penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi swasta yang ada di beberapa tempat di negara kita. Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan juga giat dijalankan. Namun, kejayaannya masih dalam peringkat awal.

Penanaman pokok karas secara ladang,perlu ambil kira beberapa faktor seperti pemilihan anak benih berkualiti, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk mendapat hasil yang maksima selepas 5 -7 tahun pelaburan. Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis X lebih baik dari spesis Y dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih popular dan murah atau lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain.

Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu. Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Satu-satunya benih gaharu yang kami usahakan hanya dari spesis Aquilaria Agallocha Roxb (AAR) adalah merupakan spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi (kajian pasaran:www.thechimhyang.co.kr/eintro.html).


Tapak Semaian Gaharu Agallocha di Terengganu

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6″x6″ atau 10″x10″ menghasilkan jumlah tanaman pada 1000 pokok atau 600 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi dengan getah dan kelapa sawit adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Jarak yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 3 -5 tahun, suntikan sejenis microorganism dilakukan supaya pokok mula menghasilkan damar atau resin dan dibiarkan selama enam bulan hingga dua tahun sebelum tuaian hasil dilakukan. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas sukar membentuk damar gaharu di dalamnya dan mungkin memerlukan masa yang sangat lama sebelum boleh dituai. Berbeza dengan spesis semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan fizikal atau microrganisme. Kerana itu bagi tanaman gaharu secara ladang species A. Agallocha Roxb sahaja yang diketahui kini mampu menghasilkan gaharu dan minyak bermutu tinggi yang mendapat pasaran perengkat Antarabangsa.

Pengalaman Syarikat Do Bau Huong, menunjukkan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM1,000 – R3,000. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda berpeluang menjadi jutawan, InsyaAllah. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih lumayan! Tetapi, kita perlu menilai samaada spesis yang ditanam dan kaedah suntikan yang di buat adakah telah berjaya atau diperengkat percubaan Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Kami mencadangkan untuk kita menanam species yang terbukti menghasilkan mutu gaharu yang tinggi dan mutu minyak gaharu yang mendapat pasaran Antarabangsa tinggi.


Sijil Pengesahan benih A. agallocha Roxb oleh pengeluarnya, DBH Vietnam

Thursday, July 15, 2010

Gaharu dari Aspek Ekonomi

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh CITES, terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu di seluruh dunia. Malaysia dan Indonesia menjadi pengeluar dan pengeksport terbesar gaharu sejak sekian lama. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, eksport Malaysia berjumlah 340 ton dari Semenanjung Malaysia dan 530 ton Sarawak.

Sebahagian besar dari sumber dari Malaysia ini dieksport ke Singapura , Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Pada tahun 1988 – 1998 sahaja, Taiwan telah direkodkan mengimport sebanyak 10 ribu tan kayu gaharu Malaysia. Penggunaan gaharu dalam upacara agama terutama agama Islam, Kristian dan Buddha sangat tinggi dan dianggarkan sehingga melebihi 3,500 tan setahun.

Walaubagaimanapun, semua eksport gaharu tersebut adalah dari hutan Asli yang hasilnya makin berkurangan dan dikhuatiri akan lenyap akibat pembangunan, pembukaan tanah dan aktiviti pengambilan hasil gaharu secara haram yang tidak terkawal. Misalnya pada tahun 1993, Indonesia telah mengeksport lebih 661 tan tetapi pada 1997 pengeluarannya hanya setakat 303 tan. Begitu juga di Malaysia, nilai eksportnya turun dari 436 tan(1993) ke 216 tan(1997), Singapura, dari 328 tan ke 94 tan. Sementara India penurunan eksport dari 151 tan tahun 1995 kepada 44tan tahun 1997.

Akibat kekurangan bekalan, harga gaharu dunia terus meningkat. Dalam tahun 80an, 1 kg kayu gaharu sekitar RM1,000 hingga RM1200 sahaja. Tetapi harga sekarang meningkat tinggi hingga mencecah RM8000-15,000 bagi setiap kilogram dan minyak agarwood berharga sehingga RM50,000 setiap liter.

Berdasarkan harga semasa hasil pulangan bagi satu Hektar dengan 1,000 pokok (USD 1,000 /kg untuk kayu gaharu RM 4000 hingga RM15,000 satu pokok dan minyaknya mencecah RM50ribu seliter.

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dimana nilai kayunya boleh mencapai sehingga RM15,000.00/kg manakala nilai minyaknya boleh mencecah RM50,000.00/kg. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta.












Walaubagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga satu Billion Dollar sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Pelbagai gambar tentang usaha tanaman gaharu

Berikut kami ada mempamerkan beberapa gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti penanaman gaharu yang telah dan sedang dijalankan khas untuk tatapan semua.















Gambar 1; Anak benih A. agallocha Roxb yang boleh didapati di nurseri kami di Bukit Payong, Terengganu.
















Gambar 2; Anak pokok gaharu berusia enam bulan yang ditanam di ladang















Gambar 3; Pokok gaharu berusia 4 tahun yang bersedia untuk proses Inokulan














Gambar 4; Antara teknologi pengekstrakan yang ada di kilang kami di Kuala Terengganu
















Gambar 5; Contoh kayu gaharu yang berkualiti tinggi




















Gambar 6; Batang pokok gaharu yang berumur dua tahun